Mengapa Kami

Sedikit Maklumat Tentang Kami

Kira-kira 80% daripada mereka yang cuba berdiet dan menurunkan lemak secara sendiri akhirnya menambah semula berat badan dalam masa 2 tahun. Menurunkan berat badan amat susah untuk dilakukan secara bersendirian!

Kami merupakan platform pengesan penurunan berat badan komuniti yang memastikan peserta sentiasa sedar dan bermotivasi sepanjang perjalanan penurunan berat badan mereka. Kami juga menyediakan diskaun, ganjaran dan hadiah kepada peserta pertandingan daripada penaja dan rakan kongsi kami.

 

 

Turunkan Berat Badan & Menang Hadiah/Dapat Ganjaran

Anda memerlukan kesungguhan dan kekuatan mental untuk menurunkan berat badan – ganjaran dan hadiah boleh membantu! SejutaKG akan memberi ganjaran hadiah tahunan bernilai RM10,000 kepada Peserta Pertandingan yang disahkan dan berkelayakan! Ketahui lebih lanjut di sini.

 

Sokongan Sosial sebagai Galakan

Rakan-rakan dan keluarga yang menyokong habit sihat adalah sangat penting di dalam kejayaan penurunan berat badan anda.

Penyokong penurunan berat anda akan membantu secara: 

  • melibatkan diri, memberi motivasi dan menyokong anda sepanjang perjalanan penurunan berat anda
  • berkongsi dengan anda tip penurunan berat badan yang sihat untuk memastikan anda sedar tentang perjalanan anda ke arah kesihatan yang baik
  • menggalakkan anda dengan sekali-sekala membelikan hidangan sihat, perkhidmatan bimbingan atau sesi kecergasan!

 

Profil Inspirasi dan bimbingan

Lebih mudah mencapai matlamat anda,  jika anda mempunyai seseorang untuk diikuti. Belajar daripada duta dan model contoh SejutaKG apabila mereka berkongsi perjalanan penurunan berat badan mereka, di laman web atau di applikasi kami.

 

Pasport Data Digital - Memperkasakan Gaya Hidup Sihat

Menjadi lebih sihat bermakna menjadi diri “anda” yang baru – mengapa tidak memastikan dan mengesahkan diri “anda” yang baru dengan identiti digital baharu dalam bentuk Pasport Data Digital SejutaKG?

Pasport Data Digital mencapai banyak perkara:

  • Mengesan kemajuan kesihatan anda
  • Mengekalkan maklumat penting anda dalam pangkalan data yang dimiliki oleh anda.
  • Memberikan data kesihatan yang diperakui dan disahkan kepada pihak lain berdasarkan persetujuan anda

Mengesan kemajuan anda menggunakan Pasport Data Digital anda sendiri membuka banyak pintu untuk anda.

  • Akses kepada perkhidmatan dan produk yang membantu mencapai matlamat penurunan berat badan atau kecergasan anda
  • Lebih banyak ganjaran yang sesuai dengan keperluan dan keinginan anda
  • Lebih memahami profil kesihatan anda sendiri
  • Semua dilakukan tanpa menjejaskan privasi anda.

SejutaKG telah bekerjasama dengan Dataswift yang berpangkalan di UK untuk mengeluarkan Pasport Data Digital SejutaKG. Dinilai “A/A+/A” oleh badan pemantau privasi “HAT Community Foundation” untuk keselamatan dan privasi, rangkaian infrastruktur maklumat peribadi Pasport Data sedang mengubah Internet Abad ke-21 menjadi dunia yang lebih peribadi dan melindungi privasi. Ketahui lebih lanjut mengenai Dataswift di sini.

Pasport Data Digital SejutaKG disediakan secara percuma apabila anda menyertai SejutaKG!

 

DE2-diagram-header

Jom Kita Bantu Rakyat Malaysia Untuk Jadi Lebih Sihat Bersama-sama!